Posts Tagged ‘sihat’
Getting Better.. Syukur
Salam,
Alhamdulillah. He is getting better now.
Syukur atas kurniaan Allah.
Dari saat itu, sudah tahu apa perlu dilakukan.
Bukan tidak ambil tahu, tetapi tidak tahu tanda ia akan serang. (Kisah sebelumnya klik sini)
Syukur pada hadratNya, sehingga hari Isnin hari ini ku panjatkan kesyukuran.
Umar semakin pulih dan bermain dengan seronoknya.
Apa pun, anda jangan mengaku terlalu pandai dalam penjagaan budak. (we are not born to as perfect parents)
We are still learning in our life.
Terutamanya, apabila anda sendiri tidak akan mengesyaki apa-apa.
Bacalah pelbagai sumber jika ada. Contoh di sini atau sini.
Atau, fikir oh itu tidak akan berlaku pada aku. Oh! Jangan fikir begitu. Tidak baik sama sekali.
Saya sudah tahu dari awal paed di Sentul sudah menjangkakan ini.
Namun, ini semua kuasa Allah. Harungi dengan tabah.
Pengalaman mengajar dan doktor menasihati kami lebih berhati-hati.
Harapan agar Umar terus sihat dan kami jua terus menerus mendoakan kesihatan Umar.
Doktor berpesan agak mengawasi kakaknya juga. Kedua-dua kami awasi sepenuh hati dengan kasih dan sayang.
Biar tidak mewah dan tidak berganti baju, anak-anak tetap keutamaan.
Pendidikan dan kesihatanlah paling utama untuk mereka.
Amin…










