Posts Tagged ‘chef’

PostHeaderIcon My AFC Channel

Salam…

Sukar kemaskini blog ini. Ambil masa juga. Theme ini pun mungkin tidak lama. Mahu cari 3 kolom. Haih. Ok tidak mengapa. Tajuk bebelan hari ini ialah : AFC Channel. Ini kerana ia adalah rancangan tv yang paling saya minati dan suami saya pun. Tetapi, suami saya lebih suka Star World yang  ada cerita FRIENDS. Hehehehe. Berikut adalah antara chef2 kegemaran saya dan suami. Sangat seronok kalau dapat tengok mereka di AFC. Saya sertakan link web dan serba sedikit yang tahu mengenai mereka sepanjang tontonan di AFC.

Jamie Oliver

Beliau adalah pakar memasak yang saya minati sejak di tayangkan di Channel Travel and Living. Simple and Nice. Bahan-bahan banyak yang original. Ambil dari kebun dia. Sangat best. Paling saya minati ialah season dimana beliau pergi ke sekolah-sekolah dan mempromosikan menu-menu berkhasiat untuk sekolah-sekolah.

http://www.jamieoliver.com/

Anna Olson

Beliau adalah pakar pastry sejak saya mula lihat rancangan beliau ‘Sugar’. Sekarang, lebih menarik lagi dalam ‘Fresh with Anna Olson’. Sangat teruja melihat beliau memasak dan menghias. Teknik memasak yang agak berlainan dan lebih menitikberat kepada hiasan dan warna untuk menarik minat penonton khasnya. :D

http://www.annaolson.ca/

Robert Rainford

Beliau pula adalah pakar memasak dengan grill atau pemanggang. Ada dua pemanggang di kawasan rumahnya. Masakan sihat yang beliau ketengahkan adalah sangat bagus untuk mereka yang mempunyai penyakit merbahaya contohnya diabetis. Hehe. Jangan marah ye. Rancangan ‘License to Grill’ adalah favourite suami saya. :D

http://www.chefrobertrainford.com/

Michael Smith

Beliau ini merupakan pakar memasak untuk surirumah. Masakan dan menu simple dan menarik.Tidak sukar bagi surirumah untuk memasak masakan chef ini. Paling saya suka adalah rak rempah ratus rumahnya. Satu bilik untuk pelbagai rempah dan perasa masakan! Woooooooo!

http://www.chefmichaelsmith.ca/en/home/default.aspx

Ahahah

Chef Nana on Tasik Biru Channel....

MAJOR SPONSORS
SPONSORS


Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

RAYA OFFER!! RM 15 >>> RM 10 for 1 MONTH!! SPACE AVAILABLE!! HURRY! Contact Me
AND MORE…

Ane's Look Young
MY SHOPPE


SUBSCRIBE ME !
ARKIB NEGARA
FOLLOWERS
Follow fabulousnana on Twitter
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.