Archive for the ‘Sihat dan Cantik’ Category
Antara Laman Kesihatan Yang Saya Suka Baca!
As-salam..
Mari saya share beberapa laman web/blog kesihatan yang saya rasakan baik untuk kita rakyat Malaysia contohi. Sekurang-kurangnya, dapat berkuranglah peratus rakyat Malaysia yang OBES! =____= ”
Sususejat.com
Siapa Susu Sejat? Susu? Susu pekat? Bukanlah. Beliau adalah manusia macam kita. Boleh baca dalam segmen Siapa Susu Sejat? Macam-macam tips dan panduan kesihatan ada dalam blog ini. Sehari tak jenguk, ketinggalan! Antara segmen menarik dalam blog ini ialah Kelas Kalori, Direktori Sihat, Kisah Kejayaan dan pelbagai lagilah. Memang patut lihat dan jenguk selalu. Cantik tapi tak sihat buat apa? Kannn…… Sila ke sana sekarang!
Macam-macam tips dan persoalan boleh anda lihat dan kemukakan. Satu komuniti untuk anda sama-sama bersemangat dan motivasi menurunkan berat badan dengan baik dan bukan diet yang membunuh. Boleh lihat sendiri page ini. Seronok baca tips-tips yang ada di sertakan.
Siapa tidak kenal Kevin Zahri? Seorang pakar dalam pemakanan dan penurunan berat badan. Beliau juga mempunyai e-book (Loose 5kg in 5 weeks) untuk kita baca mengenai penurunan berat badan yang disyorkan oleh beliau. Tips dan pelbagai cara menurunkan berat badan dan pemakanan baik terdapat dalam blog beliau. Rugi rasanya jika tidak baca blog kesihatan sebegini bagus dan banyak manfaatnya.
Laman web berbahasa Inggeris yang menarik dan terbaik untuk rujukan Muslimin dan Muslimat semua. Boleh lihat dan baca pelbagai tips, panduan dan topik-topik kesihatan baik untuk anda.
Itu sahaja serba sedikit mengenai laman yang penuh tips kesihatan untuk anda baca dan ambil iktibar. Kesihatan amatlah penting bagi manusia. Jika tidak sihat, maka segala aktiviti seharian tidak dapat kita lakukan dengan lancar. Beribadat pun sukar di lakukan jika kurang sihat.
p/s: harapan anda dapat sedikit maklumat dan panduan untuk sihat….. saya berat turun banyak sejak melahirkan anak kedua dan InsyaAllah terus amalkan pemakanan yang sihat demi kesihatan diri sendiri…..
![]()











