Archive for the ‘Extra Income’ Category
Rezeki Hari Jumaat
As-Salam,
Jumaat sudah tiba di tahun 2012 ini. Alhamdulillah. Pagi ini, encik posmen sudah datang setelah berhari juga tiada surat sampai. Dapat surat envelope besor gitu. Sudah jangka. Tapi, tak sure bila sampainya. Syukur sampai juga cek dari Nuffnang di hari ini yang penuh berkat ini.
Ala..bukan banyak. Lepas untuk bayar hosting. Hehehe. Tidaklah beribu-ribu ringgit.
Ada satu lagi belum cashout. Tunggu bulan-bulan akan datang. Uih! Hidup musti ada target. Jangka panjang atau pendek. Ini kira jangka pendek la kot. Sebab, dalam masa beberapa bulan sahaja.
Apa pun ada sedikit pesanan dari saya, sekecil atau sebesar mana rezeki kita dapat sangatlah bermakna. Bersyukurlah. Balaslah segala nikmat Allah dengan beribadat dan beramal. Sedekah selagi ada. Tidak kira ianya duit, baju, makanan dan sebagainya. Ikhlas semuanya kerana Allah. Beringat sebelum kena, dan berjimat sebelum habis. Allah suka kepada manusia yang bersedekah. Sebenarnya, lagi banyak kita sedekah, lagi banyak nikmat yang kita dapat rasakan. Lebih ketenangan, walau gelombang hidup penuh dugaan, lebih rasional dalam hidup.
Ok. Cukuplah sekadar pesanan untuk kita bersama. Apa yang kita ada, share sama-sama. Jangan kedekut. Jangan bangga diri sangat. Jangan riak menunjuk-nunjuk. Jangan ingat nikmat ada itu, berterusan. Allah boleh tarik balik bila-bila masa sahaja. Ingat, Allah tidak suka sifat-sifat itu.
Sekian.
p/s : tak boleh stop taip aduiyai… :p










