Blogger Yang Terkejut
As-salam,
Kalau cakap pasal terkejut, macam-macam benda boleh buat kita terkejut. Blog ini sebenarnya dalam kegiatan ko-kurikulum dari Encik Rohaizad kita. Anda boleh lihat entri kurikulum di sini. Memang menarik. Dahulu pada tahun 2010 ada tajuk ko kurikulum seperti di bawah juga di kendalikan oleh Encik Rohaizad kita.
1. Kisah Blogger Yang Tersepit…. yee haa!
2. Kisah Blogger Yang Terdesak…. yee haa!
3. Kisah Blogger Yang Terkentut…. yee haa!
Ramai juga yang join. Jadi, paling terkejut saya pada masa itu adalah traffik yang mencanak tinggi. Haha. Seronok betul masa itu. Dapat baca pelbagai kisah dan ragam blogger lain yang join aktiviti ini.
Perkara lain yang buat saya terkejut adalah apabila ada juga mereka yang mahu beriklan di blog saya. Almaklum, blog ini baru sangat tahun 2010 baru ada domain sendiri. Terima kasih pada mereka yang sudi iklankan perniagaan dan web anda di blog saya :
1. Encik Zul dari zulseffort.com
2. Puan Atie dari Are-tie Store
3. Cik Fariha dari Blog Oren
Seronok sekali ada juga blog/web yang mahu tukar link dengan blog ini. Terima kasih banyak-banyak.
Tahun lepas, saya di kejutkan dengan Buffered Earning dari Nuffnang. Tidak sangka ada juga melekat beberapa iklan. Sampai hari ini ada 2 melekat. Hehe. Syukur. Blog muda belum banyak pencapaian lagi.
Peristiwa terkejut lagi, (berapa banyak terkejut daa) dengan peristiwa blur hari itu. Kemudian, di kejutkan dengan alkisah d&c. Tidaklah teruk cuma first time dan tiada pengalaman bab-bab itu.
Juga, di kejutkan dengan perlawanan bola hari itu, ala Piala AFC kita menang bukan? Terkejut juga, bolehkan? Haha.
Oklah. Banyak peristiwa mengejut yang saya lalui sebenarnya cuma saya pendekkan untuk mudah pembacaan. Harap terhibur dengan entri terkejut kali ini. Sekian.
p/s: Blogger MEMANG selalu terkejut. Saya terkejut juga pasal blogger kena saman 6 juta hari itu. Haihs. Donia.











mmg byk btul kejutan tu,hehe,tp yg pling terkasima kene sman 6juta tu,huhu…moga blog mommy nana trus maju dan sukses
Tak sangka. Banyak sungguh kejutan. Inilah dunia blogging.
Mm memang pun. jgn kt lupe d mana bumi kt pjak. dan juge langit djunjung. =>
salam..
Kadangkala banyak perkara yg buat kita terkejut tanpa disangka..
tulah..sentiasa fikir panjang jika nak tulis apa-apa blogger ni..jangan makan kat balai sudah..hohoho
hoho..ramai betul yang suka terkejut-kejut nih ye..
ha’a kan, terkejut juga blogger disaman, katanya disebabkan review blogger tu, reputasi restoran tu jatuh, terkejut jugalah sampai mcm tu sekali pengaruh blogger ni,
tapi restoran tu patut amik positif review blogger tu
huhu banyak sungguh cerita terkujatnya..eh terkejutnya huhu..sampai aku pun terkejut nak baca mana satu huhu
hadi, ada tu masuk tv tak salah. sbb review makanan. huhu. bahye juge…
blogger kena saman 6 juta!?
Perkara ini betul2 membuatkan aku terkejut, kerana aku baru sahaja mengetahuinya. Bila? Baru sahaja tahu. Hmm..
Wah, tahniah ada yg nak letak iklan kat blog nana ye. Saya ni dok tunggu2 juga belum masuk2 iklan lagi. PR dan naik 3 dah ni