Berbuka Puasa v3
Salam,
Semalam seperti dirancang saya dan keluarga telah berbuka puasa di Scrumptious Restaurant KL, dekat KLCC. Seronok sangat dapat berjumpa rakan-rakan dari sekolah teknik dulu. Batch saya 95/96 dan saya amat terharu dengan sambutan mereka, walau dari jauh (dari Terengganu) pun sanggup datang. Terima kasih pada semua yang hadir. So, layan pictures yang tersedia. Makanan sedap sangat. Berbaloi juga dengan suasana di situ. Deco pun menarik. Boleh anda lihat dalam gambar-gambar di bawah ini.

Berbuka Ramai-ramai
Time makan memang layan habis. Tengok masing-masing adap makanan. Hehe. Bilik dia lawa kan?

Budak-budak biasa la
Ini agenda budak-budak memang best sofa tu. Hehe

Sembang Selepas Makan
Selepas makan sembang-sembang sat. Nak tangkap pic ramai-ramai. (bukti attendance)

The whole group that came !

Dapat RM raya lagi tu.
Pantun untuk rakan-rakan ku:
Kalau ada jarum patah,
Jangan simpan di dalam hati,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan di dalam hati.
Malam ini merendang jagong,
Malam esok merendang serai;
Malam ini kita berkampung,
Malam esok kita bercerai.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita bersama mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Salam-salam-maaf-maafan
Insya Allah tahun depan kita cuba kumpul lagi ramai.










oit.. Femes aku.. Gambar aku masuk dlm blog ko.. Apa pun tahniah. Best juga layan ko punya blog. Banyak info..
oit. ape da. aku da lama publish sblom raye. keke. ok ok thx jugak lawat blog aku tak seberapa nih.
Hiasan dinding memang unik.
Memang seronok bila dpt jumpa kembali, lebih2 lagi bila masing2 sudah berkeluarga & mempunyai anak.
hadi, cantik kan? hehe. tu la. dr thn 1996 tak jmpe (bkn semua la) ada dah jmpe thn 2005. jmpe kat kenduri kawen. gtu la. mana ada je la.
huii..bestnya…lagi2 semua dah ber’family’…ada kerjaya…jeles2
sofian, ala ni pun jmpe selepas bbrapa tahun. ade yg jmpe kat FB so leh la gather2. FB ni bagus kalu gune dgn btul kan?
Hmm macam besh lar…
any way eppy raye!
khairy.. besh!! eppi raye to u tooo!
fulamah….port cantik ler…thanks nana:). memang seronok jumpa kawan lama ini. aku nak ajak sekeluarga dan kawan2 lama makan kat situ juga huhu….
izwan, bw la famili n kawan2 p. bkn slalu kan. tu la kalau duk luar npak klcc malam2. hui mmg lawa. beutiful scenery.
seronok dapat jumpa kawan2 lama, nostalgia ni. makan place pun steady dan kemas je
Alhamdulillah. plan menjadik thn ni. wpun tak la seramai mana. tp cukup la kumpul korum.
mmg cantik tempat ni..ptt la kanak2 itu riang..
New Entry “Amalan Sunnah Rasulullah di Hari Raya Aidilfitri”
ye lawa kan… mmg ceruk sikit tpt ni tp mmg seronok..
wah bestnyer dapat berkumpul dgn member2 lama, susah sbenarnya nk pnggil member lama brjumpa blk ni.. meriah..
tu la.. ini la yg dinanti2 sebenarnya.. dah tade version lain ni last la.. haha… ni pun ade tak dpt mai.. kalu idak ade lagi tu kat lembah klang putrajaya…