Raya Yang Dinanti
Salam,
Sudah hampir 2 minggu kita berpuasa. Apa jua yang kita lakukan dalam bulan Ramadan ini harap-harapnya memberi manfaat kepada kita dan kehidupan. Mungkin terlalu awal, tapi tidak awal mana pun. Semua telah berpusu-pusu ke Jalan TAR, PKNS, dan macam-macam tempat lagi untuk berbelanja raya secara sakan.
Pastinya pelbagai persiapan telah mula di buat. Saya tahun ini, tidak berbelanja sakan. Hehe. Dan, membeli hanya untuk anak-anak. Pergi ke kedai biasa sahaja. Tidak lah ke Jalan TAR atau PKNS (contoh sahaja). Beli baju kurung siap untuk anak perempuan saya. Samping anak lelaki. Songkoknya. Itu pun memang berbaloi. Boleh pakai sampai umur 3 tahun Insya Allah. Baju kurung anak warna purple. Comel sangat. Kasut raya anak perempuan (sudah lama tidak belikan kasut). Jumlah baru RM50++. Cukuplah sekadar ala kadar sahaja.
Mak dan pak mereka (saya dan suami) tidak membeli baju kurung atau baju melayu baru. Pakai baju lama yang ada. Elok masih elok. Tidaklah compang camping atau turun warna.
Raya memang dinanti tambah-tambah bila berkumpul sanak saudara. Ramai-ramai berkunjung ke rumah nenek atau opah atau rumah mak rumah mentua sekaliannya. Bila berkunjung, ziarah menziarahi, macam-macam jenis orang kita jumpa. Seronok tengok anak-anak sepupu membesar. Comel dan sihat. Orang tua-tua lagi gembira, melihat anak-anak balik dan cucu cicit pun sekali ziarah. Lapang hati mereka. Selagi ada hayat orang tua, mak, pak , ayah, ibu, nenek, opah, tuk, tok wan, dan macam-macam panggilan lagi sila jenguk mereka. Jangan abaikan mereka. Kerana mereka lah kita lahir ke dunia ini sebagai manusia.
Bagaimana pun, persiapan perlu ada kerana Hari Raya adalah hari di mana kita telah berjaya melakukan ibadat puasa sebulan dan beribadat dalam bulan mulia ini. Bersyukur atas kurniaannya, mengingati mereka yang lemah, tidak berupaya. Miskin dan kurang upaya. Tunai kan zakat. Jangan lupa pula.
Kadar zakat fitrah tahun 2010 di Malaysia :
| Negeri | Kadar Zakat Fitrah 2010 (RM) |
| Perlis | 6.00 |
| Kedah | 7.00 |
| Pulau Pinang | 7.00 |
| Perak | 7.00 |
| Selangor | 7.00 |
| Negeri Sembilan | 6.50 |
| Melaka | 6.50 |
| Johor | 5.00 / 7.50 * |
| Pahang | 7.00 |
| Terengganu | 5.00 / 7.00 / 8.00* |
| Kelantan | 7.00 |
| Sarawak | 5.20 |
| Sabah | 6.80 |
| Wilayah Persekutuan | 7.00 |
Bagi mereka yang mampu atau terlebih mampu, berilah sumbangan kepada mereka yang amat memerlukan. Tatkala, menyambut raya tanpa ibu dan ayah. Mungkin tanpa keluarga disisi. Anak yang lupakan orang tua. Dan pelbagai lagi situasi menjelma bila akan tiba hari raya nanti. Sabtu lepas baru-baru ini, saya ke jamuan untuk anak yatim, ibu tunggal dan OKU di pejabat suami saya (Bkt Beruntung). Ramainya umat yang sememangnya kurang upaya dan miskin. Sumbangan makanan dari katering ibu mertua dan sumbangan hari raya dari YB disana. Sedih saya lihat mereka. Makanan memang habis! Licin! Saya sempat jamah nasi Humus dan air bandung. Tidak mengapa kerana itu adalah untuk mereka juga. Syukur majlis berjalan lancar dan makanan tidak membazir nampaknya. Tinggal dulang.
Sekian pengalaman serba sedikit menjelang raya tak lama lagi. Ini pun ada buka puasa bersama rakan Teknik Ipoh 4 Sept nanti. Insya Allah berkumpul dan bertukar-tukar pengalaman (atau kad bisnes) hehe. So, pengalaman anda macam mana pula?
p/s: jimat sebelum habis ye rakan-rakan…
![]()











hi mummy…selamat berpuasa ok,jemputlah makan kenduri raya nanti
donny, okeh!
zakat tahun ni masih lg di bawah tanggungan ayah…hehee..
nak berjimat..bln depan kene benti keje..
“Kempen 1 Blog 1 Bendera – Nostalgiaku Merdeka Malaysia Ketika Itu”
pawaka, sabar2. dugaan tu.
zizan, aih. bayau le sndri.kehkehkeh.
Raya.. semua nak raya.. tapi duit tak berapa nak ada..
sabar je la zool. all is about money. skang ni zmn duitt je. sket2 duit. adeis.. semak pikiran.
hati menyanyi lagu raya mase bce entri sis
hee
kie-yu, haha mau raya sudah ya… cpat berlalu masa skang nih..
Bagi yang jimat:
sikit2 lama2 jadi bukit
Bagi yang membazir:
sikit2 lama2 HABISS!!
adamfaiz : betul tu. pepatah menarik utk dkongsi bersama.
Pakai baju raya tahun lepas sudah hehe…bersederhanalah pembelanjaan untuk raya ini, ikut kemampuan, Thanx memberi info zakat fitrah terkini…:)
tul tu izwan. sederhana je la. apa ada pakai. bkn tak pakai baju pun. hehe. tkiu mai singgah.
setuju! berjima dan berbelanja secara berhemah.. tak perlu nak semua baru..
kesederhaan adalah yang ternaik!
nota kaki: blom byr zakat fitrah lagi.. huhuhu
bro sop: hehe tkiu singgah mai sini. jgn lupe byr zakat lak hehe..
alhamdulillah sudah selesai zakat fitrah untuk tahun ni…lain-lain persiapan macam biasa je hehe
syukur.
slamat bersoping mummynana. menunggu entry hari ini dr blog awk…
noreed, tkiu singgah lagi kat blog kt nih. hehe. tak de idea sgt nk tulis.
ooo..
baru aku tau pasal harga zakat tu..
takde laa mahal sgt..
hehehe..
leh laa byarkan utk family aku nnti..
hehe..
selalu bapak aku jer byr..
encik jaws; selamat membayar yer.
seronok tgk anak2, kecik2 pun dah tau nak beraya.
sufian, budak2 mmg seronok. hehe tingat zaman dlu2 kan.
Zakat fitrah dah mahal wooo… beras naik harga hehe
Apa2 hal pun beraya la dengan sederhana.. pakai apa yang ada dan jangan membazir.. saya pun kadang2 terfikir macam mana orang miskin dan anak yatim nak beraya.. jadi tak eloklah kita membazir
yes. i truly agreed with you!
moga byk sabar dan kita sederhana.