Blog Snippet Sahaja
Salam,
Snippet ini merumuskan sahaja apa yang terlintas di fikiran saya.
Dalam Kehidupan Ini…
- Naik harga MINYAK, semua naik harga tak terlibat cuma (mungkin) AIR dan ELEKTRIK. Apa nak buat, kita rakyat follow sahaja lah.
- Kewangan makin menjadi topik harian mereka yang bekerja samada sudah lama atau baru-baru mula. Bajet baik-baik.
- Memikir jalan terbaik untuk masa depan sendiri keluarga dan anak-anak. Cari rezeki halal.
- Patut ada part time job/biz, sekarang sudah berleluasa trend ini. Pandai-pandai cari peluang yang baik.
- Hendak 1000 daya, tidak mahu 1000 dalih. Alasan memang favorite.
- Menyusahkan lagi kepada mereka yang mempunyai anak-anak ramai atau kewangan yang cukup-cukup makan. Sabar lah.
- Gaji mungkin tidak naik banyak. Overhead bertambah-tambah. Projek terbengkalai, pekerja main-main, yang bekerja rajin dan saksama mungkin hilang percaya. Kerja-kerja.
- Sekeliling nampak mudah, mereka tidak terasa kesan-kesan dunia kini. Almaklum, kerja ada jaminan hari tua lah kata. Biarkanlah.
- Mungkin ada yang akan berfikir 2/3 kali, untuk meninggalkan apa jua yang mereka ada. Semata-mata untuk memudahkan orang lain.
- Yang berusaha dengan bersungguh-sungguh dan berupaya menjana kewangan yang selesa. Balasan apabila berusaha gigih dan tidak lupa ibadat dan agama.
- Patah semangat atau putus asa, ada berlaku cuma kita tahu kendali atau tidak. Paling kurang, kita cari jalan. Bukan diam atau melepaskan sesalan kepada mereka yang tidak bersalah.
- Travelling, melancong, jalan-jalan sewajarnya patut ada sekali setahun. Untuk breakaway dari segi kehidupan harian yang mungkin membosankan.
- Cuba lari dari rutin (seketika) bangun pagi pergi kerja, itu ini, balik kerja, hadapi jem lagi, sampai rumah penat, stress, kerja rumah lagi (bantuan suami/isteri amat dihargai), tidur awal sebaiknya. Lumrah kehidupan.
- Adakala orang tidak akan faham kita, mereka tidak berada dalam kasut kita. Tanggapan mereka akan lebih meleset jika berpendapat hidup kita ini nampak SELESA dek kerana kerja dan income setiap bulan yang masuk tiap bulan. Oh tidak! No no no! Biasa-biasa sahaja.
- Apa-apa pun segala hikmah dan dugaan adalah dr Allah SWT. Segala yang termaktub dalam kitab kehidupan manusia. Memang manusia tidak akan puas hati dengan apa jua yang ada dalam tangan.
- Besarkan diri dari masalah, bukan membesarkan masalah. Stress oo.
- Selagi terdaya, berusahalah untuk kehidupan dunia dan akhirat nanti. Insya Allah.
Sekian, sudi membaca bebelan snippet blog saya ini. Harap maklum ini tidak ada kaitan dengan sesiapa. Bahkan ini hanya pandangan dan pemerhatian dari mata saya yang 4 ini.
Actually, saya pun adalah salah seorang pembaca blog Tun Mahathir. Beliau berblog dan amat simple olahan beliau. Padat dan bermakna sekali. Join baca jum! Membaca Jambatan Ilmu!
p/s : Nak tambah ke lagi point atas tu? Silakan mengomel di bahagian Komen.
![]()










kie-yu : tau takpe. sket2 lama jd bukit. tgh mikir nk jual ape taim pose nih. raya pakai rm byk dik. hum ~~ ideas?
part time job – blogging
hehe
sdgn berkira-kira nak tuka job
gaji mmg tak cukup
adesss..dilema betul la