Archive for April, 2007

PostHeaderIcon Pelihara Solat….

To all muslim esp, read…. (reminder utk aku jugak)

PERKARA kelapan yang ditegaskan Lukman al-Hakim dalam wasiatnya ialah menjaga solat. Lukman menyuruh anaknya supaya menunaikan solat kerana ia difardukan-Nya melalui utusan di bumi (dari kalangan nabi dan rasul).

Solat adalah tiang agama, dalil keimanan dan yakinnya hamba terhadap Ilahi, jalan mendekatkan diri kepada-Nya dan membantu mencegah kemungkaran, kekejian dan menyucikan diri.

Perkara ini diterangkan melalui ayat 17, surah Lukman bermaksud: “Hai anakku! Dirikanlah solat.”

Bukan sahaja solat itu dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan, malah ia dapat menjadi benteng yang kuat dan kukuh kepada kita. Jika kita menjaga solat kita dengan baik, memahaminya dengan baik dan menghayatinya dengan baik, maka Insya Allah kita akan dapati bahawa solat itu dapat mengawal diri kita. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Ankabut ayat 45:

Ertinya: Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (Al-Qur’an) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Solat juga boleh berfungsi sebagai suatu riadah. Pergerakan-pergerakan yang dilakukan di dalam solat seperti ruku’ dan sujud dapat menggerakkan otot-otot dan secara tidak langsung menjadi satu latihan jasmani. Bukan sahaja riadah, malah solat juga dapat mengajar individu mengendalikan masanya.

Setiap masuknya waktu solat, seseorang individu itu mestilah tahu membahagi-bahagikan masanya antara kerjanya dan solatnya. Dengan itu, solat dapat melahirkan individu yang cekap dalam pembahagiaan masa.

                                                         —–****——

MAJOR SPONSORS
SPONSORS


Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

RAYA OFFER!! RM 15 >>> RM 10 for 1 MONTH!! SPACE AVAILABLE!! HURRY! Contact Me
AND MORE…

Ane's Look Young
MY SHOPPE


SUBSCRIBE ME !
ARKIB NEGARA
FOLLOWERS
Follow fabulousnana on Twitter
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.