As-salam,

Sedikit informasi untuk anda yang punyai plan untuk merayap-rayap di Kuala Lumpur hujung minggu ini. Harap maklum.

PENUTUPAN JALAN SEMPENA CITRAWARNA MALAYSIA 2012

Perarakan kumpulan kebudayaan sempena Citrawarna Malaysia akan diadakan pada 19/05/2012 jam 2000hrs dan bermula / tamat di Dataran Merdeka.

Tarikh : Raptai 17/05/2012 (Khamis) dan 18/05/2012 (Jumaat)
Hari Sebenar: 19/05/2012 (Sabtu)

Masa : 7.30pm -12.00 am

Jalan – Jalan yang akan ditutup :

Jalan Hishamuddin (dari arah Bulatan Hishamuddin) – Jalan Raja – Jalan Mahkamah Persekutuan – Persimpangan Jalan Lebuh Pasar Besar / Jalan Kasturi – Persimpangan Jalan Medan Pasar / Jalan Tun Perak – Bulatan Dato Onn (arah ke Jalan Tun Perak) – Jalan Raja Laut – Jalan Isfahan – Persimpangan Jalan T.A Rahman / Jalan Dang Wangi – Persimpangan Jalan Dang Wangi / Jalan Munshi Abdullah – Jalan T.A Rahman – Dataran Merdeka.

Penutupan jalan-jalan yang terlibat akan bermula jam 7.30 pm dan akan dibuka semula kepada pengguna jalan raya setelah acara tamat. Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya cuba tidak melalui jalan-jalan seperti yang dinyatakan bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Sumber : Page facebook ‘Polis KL’

http://www.facebook.com/poliskl

P.S : jem merata-rata la nanti? :)

Posted from WordPress for BlackBerry.

Posted in Santai-Cuti-Makan | Tagged , , | Leave a comment

Assalam..

Seronoknye…! Perasaan gembira apabila dapat buah tangan dari Paris, France. Oh ya. Sebetulnya, kakak ipar saya pulang dari sana cuti rehat dari tugas di sana selama sebulan. Akan kembali ke Paris awal bulan June nanti.

Saya dapat beg Longchamp simple punya style memang comel. Anak-anak dapat tshirt seorang satu helai dan baby yang bakal keluar nanti dapat 2 helai romper made in Paris. Hehe. Comel! Suami saya dapat ganti wallet baru mai khas dari Paris juga. :)

All from Paris

Cute Baby Romper :)

Hehe rezeki… Alhamdulillah syukur… tak dapat ke Paris dapat cenderahati dari sana pun cukup seronok untuk kami. Tq kepada kak ipar saya. Semoga berjaya dengan kerjaya dan projek di sana nanti… ;)

p.s happy! (>____<)

Posted in Hidup & Emosi | Tagged , , , | Leave a comment